Tuesday, May 16, 2023

Kehidupan Universiti : Semester Ketiga di Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum Rakan-Rakan Internet. 

 Sedar tidak sedar aku sudah pun berada dalam semester ketiga di Universiti Utara Malaysia. Satu pengalaman yang berharga dalam hidup. Belajar sebagai Pelajar Separuh Masa memang mencabar. Lagi-lagi apabila kena belajar atas talian. (Online Learning)

Namun aku bersyukur kerana pada Januari 2023, kuliah diadakan secara fizikal. Setelah 2 semester belajar menghadap gajet, Alhamdulillah akhirnya kembali ke dunia nyata. Kali terakhir aku merasa suasana kampus adalah semasa di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2018/2019. Masa dekat UIA dulu, kelas di adakan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Sabtu Ahad. Di UUM kami mula jam 8 pagi. 

Pada kuliah pertama, aku sampai awal juga dalam 7:40 pagi. Semangat tu memang berkobarlah. Berpeluang sekali lagi merasai suasana kampus. Alhamdulillah syukur. Kuliah kami mula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Pukul 12 tengahari tu rehat sampai jam 2 petang. Nampak macam banyak masakan? Tapi itu hari sabtulah. Harap Ahad, rehat sekejap saja. 

                                     
Hari Kuliah


Hari sabtu, kuliah sesi petang bermula dari jam 2:00 petang hingga 6:00 / 6:30 petang. Kami memang makan tengahari dalam kampus. Kafe pun buka. Ada juga rakan-rakan yang makan di luar kampus. Cuma buat masa ini aku lebih selesa duduk dalam kampus sampai habis kuliah. Lagi pun surau pun ada dalam bangunan sama. Tapi itulah, ikut perancangan masa masing-masing. Dekat sini semuanya pelajar dewasa, ada yang bujang, ada yang sudah berkahwin, dan ada yang sudah ada anak. Paling muda pun yang aku tahu, umur depa 23 tahun. Pelajar paling berumur aku jumpa pun dalam 50 tahun.

Berbeza dengan zaman aku di UIA, kami majoriti sebaya masa tu. Majoriti bawah 30 tahun. Yang paling berumur masa seorang perempuan dalam 40-an. Cuma dia hadir 2 kuliah saja pada masa tu. Mungkin sibuk dengan kekangan kerja, membuatkan dia tangguh semester. 



Di dalam Dewan Kuliah


UUM sememangnya antara pilihan penjawat awam terutama sekali pasukan Unit Beruniform. Pada semester 2 yang lalu aku bersama 3 anggota Polis dalam kumpulan sama bagi tugasan berkumpulan (Group Assignment). Aku akui tidak mudah untuk bekerjasama kerana mereka pun banyak bertugas di luar seperti operasi dan sebagainya. Tapi, Alhamdulillah tugasan kumpulan kami berjaya juga siap. 


Pada masa aku menaip Tulisan Blog kali ini, aku ada masa satu minggu lagi untuk persiapan Peperiksaan Akhir Semester 3. Doakan aku dan rakan-rakan dapat menjawab dengan baik dan lulus semua subjek dengan cemerlang. Amin In sha Allah.


Suasana kuliah.

Dari Lensa Harith Ariffin

Selasa, 16 Mei 2023, 6:55 Petang, Waktu Malaysia



Kehidupan Universiti : Semester Ketiga di Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum Rakan-Rakan Internet.   Sedar tidak sedar aku sudah pun berada dalam semester ketiga di Universiti Utara Malaysia. Satu peng...