Tuesday, May 16, 2023

Kehidupan Universiti : Semester Ketiga di Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum Rakan-Rakan Internet. 

 Sedar tidak sedar aku sudah pun berada dalam semester ketiga di Universiti Utara Malaysia. Satu pengalaman yang berharga dalam hidup. Belajar sebagai Pelajar Separuh Masa memang mencabar. Lagi-lagi apabila kena belajar atas talian. (Online Learning)

Namun aku bersyukur kerana pada Januari 2023, kuliah diadakan secara fizikal. Setelah 2 semester belajar menghadap gajet, Alhamdulillah akhirnya kembali ke dunia nyata. Kali terakhir aku merasa suasana kampus adalah semasa di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2018/2019. Masa dekat UIA dulu, kelas di adakan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Sabtu Ahad. Di UUM kami mula jam 8 pagi. 

Pada kuliah pertama, aku sampai awal juga dalam 7:40 pagi. Semangat tu memang berkobarlah. Berpeluang sekali lagi merasai suasana kampus. Alhamdulillah syukur. Kuliah kami mula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Pukul 12 tengahari tu rehat sampai jam 2 petang. Nampak macam banyak masakan? Tapi itu hari sabtulah. Harap Ahad, rehat sekejap saja. 

                                     
Hari Kuliah


Hari sabtu, kuliah sesi petang bermula dari jam 2:00 petang hingga 6:00 / 6:30 petang. Kami memang makan tengahari dalam kampus. Kafe pun buka. Ada juga rakan-rakan yang makan di luar kampus. Cuma buat masa ini aku lebih selesa duduk dalam kampus sampai habis kuliah. Lagi pun surau pun ada dalam bangunan sama. Tapi itulah, ikut perancangan masa masing-masing. Dekat sini semuanya pelajar dewasa, ada yang bujang, ada yang sudah berkahwin, dan ada yang sudah ada anak. Paling muda pun yang aku tahu, umur depa 23 tahun. Pelajar paling berumur aku jumpa pun dalam 50 tahun.

Berbeza dengan zaman aku di UIA, kami majoriti sebaya masa tu. Majoriti bawah 30 tahun. Yang paling berumur masa seorang perempuan dalam 40-an. Cuma dia hadir 2 kuliah saja pada masa tu. Mungkin sibuk dengan kekangan kerja, membuatkan dia tangguh semester. 



Di dalam Dewan Kuliah


UUM sememangnya antara pilihan penjawat awam terutama sekali pasukan Unit Beruniform. Pada semester 2 yang lalu aku bersama 3 anggota Polis dalam kumpulan sama bagi tugasan berkumpulan (Group Assignment). Aku akui tidak mudah untuk bekerjasama kerana mereka pun banyak bertugas di luar seperti operasi dan sebagainya. Tapi, Alhamdulillah tugasan kumpulan kami berjaya juga siap. 


Pada masa aku menaip Tulisan Blog kali ini, aku ada masa satu minggu lagi untuk persiapan Peperiksaan Akhir Semester 3. Doakan aku dan rakan-rakan dapat menjawab dengan baik dan lulus semua subjek dengan cemerlang. Amin In sha Allah.


Suasana kuliah.

Dari Lensa Harith Ariffin

Selasa, 16 Mei 2023, 6:55 Petang, Waktu Malaysia



Wednesday, August 17, 2022

Perkara yang akan paling ku sesali.

 Assalamualaikum. 


Melihat rakan-rakan yang akan bergraduasi tidak lama lagi membuatkan aku gembira. Aku menumpang kegembiraan mereka yang bakal memakai jubah Universiti. Perjuangan mereka sejak tahun 2017 telah membuahkan hasil. 


Masih diriku ingat saat kuliah bersama mereka di Kampus nan indah. Rehat di cafe bersama. Makan di Mahallah Ali bersama. Bincang esaimen bersama. Tetapi sayang, kami tidak bergraduasi bersama. Aku mula mengimbas kesilapan yang aku lakukan. Aku menyesal kerana tidak menggunakan peluang yang ada.


Kini, aku memberikan diriku peluang yang kedua. Tetapi di Universiti yang berbeza. Aku tahu. Aku tahu rakan di sini tidak sama seperti rakanku di Universiti sebelumnya. Rakan di sini aku hanya berjumpa di alam maya. Bukan di dunia nyata.


Aku akan sesali jika tidak menggunakan peluang kedua ini dengan 100 peratus komitmen. Aku tidak boleh lagi menjaga hati semua pihak. Dalam hidup, kita tidak boleh memuaskan hati semua. Dalam hidup ini kita punya masa yang sama iaitu 24 jam. 


Aku wajib sayangkan diri aku. Aku tidak boleh lagi merasa terlalu terhutang budi pada orang lain. Aku tahu mengenang budi. Tetapi aku juga harus jaga perasaan aku. In sha Allah, usaha tidak akan mengkhianati hasil. Setuju? 


Suatu hari nanti, aku akan menggengam juga skrol Ijazah Sarjana Muda dengan rasa sebak di hati semasa berdiri di pentas. Amin In sha Allah. 


Dari Lensa Harith Ariffin

Rabu, 17 Ogos 2022, 12:07 Tengahari

Pintu Gerbang UUM, Sintok, Kedah. Kredit : Pemilik Gambar

Wednesday, February 9, 2022

Pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : UIAM Episod 1

Assalamualaikum. Masih segar dalam ingatan kenangan-kenangan indah ketika saya belajar di UIA.
Saya masih ingat menerima Surat Tawaran Pengajian Separuh Masa pada tahun 2017. Riang dihati hanya diri sendiri yang tahu. Saya sudah bekerja pada masa itu. 

Peristiwa indah ini berlaku pada tahun 2017. Jika saya tidak silap, Julai 2017. Kemasukan ke dalam Pengajian ialah pada September 2017. Pada masa itu, seorang kawan saya juga mendapat tawaran yang sama. Rakan pengajian saya di Pra-Universiti Tingkatan 6. 

Sebelum diterima masuk, kami perlu hadir ke temuduga dahulu dengan membawa Sijil SPM, STPM dan Sijil Akademik yang lain. Alhamdulillah saya dan kawan saya diterima masuk. Pada ketika itu saya juga sudah memaklumkan pada majikan tentang hasrat saya untuk menyambung pengajian, iaitu sebelum hadir ke sesi pendaftaran lagi.

Ini kerana, saya perlu memberi surat pegesahan daripada majikan sebelum mendaftar. Selain itu, supaya jadual kerja tidak menggangu masa belajar. Ya, jika saya tidak salah, hari pendaftaran ialah pada hari rabu.
Seperti kebiasaan, majikan memang memberikan saya cuti pada hari bekerja, bukan sabtu ahad.

Logo UIAM

Itu sahaja kisah saya pada hari ini. Saya akan bersambung pada episod seterusnya. In sha Allah. Saya mulakan menulis episod 1 ini pada 7 Februari 2022, iaitu pada hari isnin. Namun, atas beberapa sebab, baru hari ini dapat disiapkan. Alhamdulillah.

Assalamualaikum. 


Harith Ariffin Bin Asmadi
11:18 Malam
9th February 2022, Wednesday

Wednesday, July 14, 2021

MENJADI POPULAR : Kelayakan Akademik Adalah Satu Bonus !

            Assalamualaikum. Apa khabar kalian? 

Aku baru dapat tahu kelas aku akan mula pada 7 Julai 2021. Aduhai dalam 2 minggu lagi rupanya.

Adakah aku sudah bersedia? Jeng jeng jeng. 


         Ramai orang nak jadi popular. Nak jadi pelakon, penyanyi, selebriti, Youtuber, Blogger

dan lain-lain. Macam orang yang tengah taip ni. Eh? Hahaha. Tapi apa yang korang tahu pasal popular?


       Pada aku menjadi popular tak salah. Cuma kau perlu bersedia yang ruang privasi kau akan terganggu.

Terganggu sebab kau akan jadi perhatian orang ramai. Tapi taklah macam Cristiano Ronaldo. Kau ada

tengokkan video CR7 tengah minum dengan kawan dia tapi jumlah peminat yang ajak bergambar lagi 

banyak dari hirupan kopi dia.


      Okaylah jom ke point penting aku. Aku suka juga tengok orang yang terkenal. Dia terkenal sebab

perkara baik. Paling penting dia ada kelayakan akademik yang bagus. Ayuh kita kenal 3 tokoh yang 

aku nak ceritakan.


    Pernah tengok rancangan realiti Imam Muda dari Astro kan? Juara Imam Muda yang pertama 

ialah Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan. Rancangan ni mula tahun 2010. Imam Muda Asyraf

ni kira legend lah. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Syariah Pengkhususan Fiqh & Usul 

dari Universiti Malaya. 


   

https://www.thestar.com.my




Seterusnya, ikon Imam Muda kedua, Imam Muda Hizbur. Nama penuh beliau ialah

Hizbur Rahman Bin Omar Zuhdi. Beliau belajar jauh, kena naik kapal terbang ni. 

Kau orang pernah pergi Mesir? Tak? Aku pun tak pernah! Hahaha 

Beliau mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar Mesir di dalam Ijazah 

Sarjana Muda Syariah.


Tempat ketiga kita pada hari ini ialah.........

Imam Muda Najdi! Beliau sempat menyertai UNIC sekejap. Wan Najdi Bin Wan Mohd Noh 

mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah

di Universiti Kebangsaan Malaysia. 


Kesimpulannya, latar belakang akademik mereka ini wajar kita jadikan pembakar semangat untuk

kita terus cekal dalam menyambung pengajian. Tak kira kau belajar sepenuh masa atau separuh masa.

Doakan aku cekal, kuat dan berdisplin untuk aku tamatkan pengajian aku di Universiti Utara Malaysia!


Tulisan : Dari Lensa Harith Ariffin 

11:33 Pm, 14th July 2021, Wednesday










     

Friday, July 2, 2021

Permulaan Pengajian di Universiti Utara Malaysia 2021

     Aku memang tak sabar nak buat comeback dalam alam Universiti. Impian aku ialah untuk berjaya 

menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda.


   Sekali pun impian ini tak pernah padam walaupun aku pernah sebenarnya berada dalam alam 

Universiti pada 2017-2019. Cuma alam Universiti aku tak macam majoriti pelajar lain.


  Kami bukan sepenuhnya terikat di dalam. Kami belajar secara PJJ. Cabaran kami ialah diri sendiri

dan masa. Jujur aku cemburu dengan kawan-kawan di UIA yang bakal menamatkan pengajian mereka.


    Walaupun kami bermula bersama pada 2017, kami tidak ditakdirkan untuk tamatkan pengajian 

bersama. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.


  Universiti pilihan aku kini, semestinya salah satu dari Universiti Impian aku pada masa STPM.


Kredit Foto : Pada Gambar
Sumber : Klik pada gambar


   


Universiti Utara Malaysia. Doakan aku dapat tempuh 5 Tahun ini dengan jayanya. Amin In Sha Allah.


Tulisan Harith Ariffin Bin Asmadi

2 Julai 2021, Jumaat

1:15 Pagi



   


Tuesday, April 7, 2020

Perodua Bezza : Ringan atau anda yang salah pilih kereta?

Banyak baca reviu tentang Perodua Bezza.

  Ramai yang merungut merasai ringannya Perodua Bezza pada kelajuan 110-120 KM.

 Perodua Bezza bukanlah kereta untuk prestasi.
Ianya merupakan kereta segmen A untuk mudahkan individu bergerak dari poin A ke Poin B. Ia juga merupakan kenderaan ideal untuk mereka yang mahukan penjimatan petrol.

Selain itu, sepanjang saya menggunakan Bezza, saya seronok menghayati pengendalian stereng oleh Perodua.

Ramai yang maklum, kereta Perodua menggunakan teknologi Toyota & Daihatsu. Boleh dijamin, seperti kereta Toyota, Perodua juga tidak banyak meragam.

Kesimpulannya, Perodua Bezza merupakan sebuah kereta pemanduan bandar dan santai. Bukan sahaja mampu milik, Bezza juga merupakan tiga kereta jualan terbaik Malaysia selepas Axia & Myvi pada 2019.

Sekadar pandangan saya mengenai Perodua Bezza. Semestinya, perunding jualan Perodua lebih arif.

Terima kasih sudi membaca.


Selasa, 7 April 2020, 17:17

Dari Lensa Harith Ariffin



#DariLensaHarithAriffin   #Perodua   Perodua

Saturday, March 21, 2020

Kenapa masih memilih Proton Perdana 2016 di tahun 2020?

Assalamualaikum, hai !



      Pada tahun 2016, sebuah kereta segmen D daripada PROTON telah dilancarkan.

Sebuah kereta HIGH END, yang mana bila kita berada dalam kereta tersebut kita seakan-akan

'Somebody'.




Kredit : Paul Tan


    Model kereta tersebut ialah Proton Perdana 2016. Sebuah kenderaan Comfort Oriented yang

merupakan Flagship Proton pada tahun tersebut. Proton Perdana memang menjadi bualan ramai 

apabila ia mula dilancarkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Yang Amat Berhormat Najib 

Razak.



      Proton Perdana 2016 merupakan sebuah kereta yang melambangkan prestij, status dan kejayaan 

seseorang. Jadi tidak hairanlah ianya menarik perhatian sesiapa saja yang melihatnya. Proton 

Perdana didatangkan dengan dua varian, iaitu 2.0 dan 2.4 liter. 


Kredit : Proton Holdings


  Sekian saja tulisan saya. Jumpa lagi ditulisan akan datang. Assalamualaikum.


Dari Lensa Harith Ariffin,
21 Mac 2020, Sabtu
4:59 Pm

Kehidupan Universiti : Semester Ketiga di Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum Rakan-Rakan Internet.   Sedar tidak sedar aku sudah pun berada dalam semester ketiga di Universiti Utara Malaysia. Satu peng...