Wednesday, August 17, 2022

Perkara yang akan paling ku sesali.

 Assalamualaikum. 


Melihat rakan-rakan yang akan bergraduasi tidak lama lagi membuatkan aku gembira. Aku menumpang kegembiraan mereka yang bakal memakai jubah Universiti. Perjuangan mereka sejak tahun 2017 telah membuahkan hasil. 


Masih diriku ingat saat kuliah bersama mereka di Kampus nan indah. Rehat di cafe bersama. Makan di Mahallah Ali bersama. Bincang esaimen bersama. Tetapi sayang, kami tidak bergraduasi bersama. Aku mula mengimbas kesilapan yang aku lakukan. Aku menyesal kerana tidak menggunakan peluang yang ada.


Kini, aku memberikan diriku peluang yang kedua. Tetapi di Universiti yang berbeza. Aku tahu. Aku tahu rakan di sini tidak sama seperti rakanku di Universiti sebelumnya. Rakan di sini aku hanya berjumpa di alam maya. Bukan di dunia nyata.


Aku akan sesali jika tidak menggunakan peluang kedua ini dengan 100 peratus komitmen. Aku tidak boleh lagi menjaga hati semua pihak. Dalam hidup, kita tidak boleh memuaskan hati semua. Dalam hidup ini kita punya masa yang sama iaitu 24 jam. 


Aku wajib sayangkan diri aku. Aku tidak boleh lagi merasa terlalu terhutang budi pada orang lain. Aku tahu mengenang budi. Tetapi aku juga harus jaga perasaan aku. In sha Allah, usaha tidak akan mengkhianati hasil. Setuju? 


Suatu hari nanti, aku akan menggengam juga skrol Ijazah Sarjana Muda dengan rasa sebak di hati semasa berdiri di pentas. Amin In sha Allah. 


Dari Lensa Harith Ariffin

Rabu, 17 Ogos 2022, 12:07 Tengahari

Pintu Gerbang UUM, Sintok, Kedah. Kredit : Pemilik Gambar

No comments:

Post a Comment

Kehidupan Universiti : Semester Ketiga di Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum Rakan-Rakan Internet.   Sedar tidak sedar aku sudah pun berada dalam semester ketiga di Universiti Utara Malaysia. Satu peng...