Saturday, December 28, 2024

Menjadi Penjawat Awam yang Bersyukur

Assalamualaikum. Salam Malaysia Madani. 

Tajuk ini dipilih untuk tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Saya bukan seorang penjawat awam. 

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman singkat saya sebagai pekerja kontrak di dalam perkhidmatan awam. Bukan untuk mengkritik Kerajaan, tetapi lebih kepada sikap segelintir penjawat awam. 

Penjawat awam sewajibnya setia dan taat kepada dan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Mereka sudah berikrar untuk menghormati 'Government of the day'. 

Gambar diambil oleh penulis sendiri. Samsung Galaxy



Saya perasan ada antara mereka yang tidak suka beberapa perubahan termasuk kenaikan gaji hanya kerana tidak suka pemimpin berkenaan. Namun sistem saraan baru tetap dijalankan demi aspirasi penjawat awam. 

Sedangkan mereka tahu, tanpa Sistem Saraan baharu pun, mereka tetap akan menerima Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). Pekerja swasta terpaksa merayu untuk kenaikan RM 50 setahun , itu pun bukan semua diluluskan. 

Isu bekerja 4 hari seminggu. Pendapat saya tidak wajar. 5 hari adalah terbaik untuk sektor perkhidmatan awam. Hari Jumaat, waktu rehat bermula 12:15 tengah hari dan tamat pada 2:45 petang, mereka tidak ada gangguan dan halangan untuk menunaikan solat jumaat, berbanding segeilintir syarikat swasta yang bermasam muka nak lepaskan pekerja Muslim mereka untuk keluar solat jumaat. 

Pekerja swasta perlu berkorban masa bersama keluarga dengan hanya bercuti 1 hari sahaja dan sukar untuk mendapat cuti ganti jika terpaksa bekerja pada hari cuti. Bukan semua pekerja swasta mendapat rehat sabtu dan ahad. 

Maka, wajarlah penggubal undang-undang melaksanakan dasar yang menyokong syarikat swasta memberi cuti 2 hari seminggu terlebih dahulu kepada pekerja swasta berbanding memberi 4 hari bekerja kepada penjawat awam. 

Sekian pendapat saya. 

Mohon mencadang. 


Harith Ariffin Bin Asmadi
28 Disember 2024, Sabtu
9:44 Pagi

No comments:

Post a Comment

Menjadi Penjawat Awam yang Bersyukur

Assalamualaikum. Salam Malaysia Madani.  Tajuk ini dipilih untuk tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Saya bukan seorang...