Awak tahu, perasaan cinta itu satu fitrah. Awak tak boleh elak perasaan itu daripada terus menetap
di dalam hati.
Pada saya perasaan cinta boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan. Walau pedas hingga
mengalir air mata masih mahu di makan juaaaa~ Hehe, nyanyi ke tu?
![]() |
Penulis seorang yang pemalu. Tapi suka tunjuk effort |
Kalau orang tanya saya, apakah status saya sekarang, saya akan jawab, ya masih bujang.
Memang saya ada jumpa seorang yang ingin saya jadikan dia isteri. Tapi saya masih membaiki dan
mengemaskini diri saya. Saya belum beritahu dia lagi. Saya cuma sebutkan nama dia di dalam doa.
Cehh, kenang daku dalam doamu? Apa-apapun sebelum anda mahu buat satu perancangan yang
besar, pastikan ada rancangan. Guru perniagaan saya pernah pesan, " Perkara baik, jika tidak
ada rancangan, tetap tidak baik."
Bukanlah soal kahwin saja, samalah dalam berniaga, pekerjaan dan kehidupan. Okay, jumpa di
tulisan akan datang !
DARI LENSA HARITH ARIFFIN
8:22 AM
22 OKTOBER 2019