![]() |
Gambar diambil oleh penulis sendiri. Samsung Galaxy |
Dari Lensa Harith Ariffin
Mata Hati Lebih Jelas
Saturday, December 28, 2024
Menjadi Penjawat Awam yang Bersyukur
Saturday, May 4, 2024
Teman Hidup, Seumur Hidup
Aku di dalam fasa di mana aku serius mencari calon isteri. “Harith, kau kena kawan dengan ramai perempuan, jangan sorang dua je.” Ada kawan yang pesan padaku begitu. Aku cuma diam. Kemudian aku balas, “Aku tau. Cuma aku bukan jenis begitu. Ya, aku kawan sekadar begitu je. Cuma berborak bila ada hal kerja, hal bisnes, macam tu lah. Cuma, untuk calon isteri, aku hanya nak fokus pada seorang.”
Aku pemalu sebenarnya. Tak pandai bab mengurat. (Adalah belajar sikit, hehe) Tapi kalau ada seorang perempuan yang aku suka, dan aku beritahu dia tujuan aku ‘approach’ dan dia beri respon, serius aku tak layan perempuan lain sebab aku jenis mengikat diri dengan seseorang. Bukan kata aku ni baik sangat tapi macam tu lah aku.
Tujuan yang aku maksudkan tadi adalah ‘sebab’ yang beri aku kekuatan untuk buang rasa malu dan cakap “saya berminat nak berkenalan kalau cik masih belum berpunya dan kalau ada jodoh, kita kahwin.” Lebih kurang macam tu lah. Aku tak nak buang masa sesiapa, sekarang aku cuba jadi lelaki yang bertujuan. Aku sedang baiki balik hidup aku, terutama dalam kerjaya.
Teman hidup, apa yang kalian gambarkan dalam minda bila dengar perkataan teman hidup? Aku menggambarkan teman hidup sebagai seseorang yang akan ada di sisi, beri sokongan moral, saling menghormati, saling usaha menggembirakan pasangan masing-masing. Sudah semestinya, saling menyayangi.
Aku doakan kalian akan mendapat jodoh yang baik, sedap mata memandang, dan yang faham agama dan tanggungjawab suami isteri. Amin In Sha Allah. Doakan aku juga!
Harith Ariffin, 4 Mei 2024
10:28 Malam
Tuesday, May 16, 2023
Kehidupan Universiti : Semester Ketiga di Universiti Utara Malaysia
![]() |
Di dalam Dewan Kuliah |
![]() |
Suasana kuliah. |
Wednesday, August 17, 2022
Perkara yang akan paling ku sesali.
Assalamualaikum.
Melihat rakan-rakan yang akan bergraduasi tidak lama lagi membuatkan aku gembira. Aku menumpang kegembiraan mereka yang bakal memakai jubah Universiti. Perjuangan mereka sejak tahun 2017 telah membuahkan hasil.
Masih diriku ingat saat kuliah bersama mereka di Kampus nan indah. Rehat di cafe bersama. Makan di Mahallah Ali bersama. Bincang esaimen bersama. Tetapi sayang, kami tidak bergraduasi bersama. Aku mula mengimbas kesilapan yang aku lakukan. Aku menyesal kerana tidak menggunakan peluang yang ada.
Kini, aku memberikan diriku peluang yang kedua. Tetapi di Universiti yang berbeza. Aku tahu. Aku tahu rakan di sini tidak sama seperti rakanku di Universiti sebelumnya. Rakan di sini aku hanya berjumpa di alam maya. Bukan di dunia nyata.
Aku akan sesali jika tidak menggunakan peluang kedua ini dengan 100 peratus komitmen. Aku tidak boleh lagi menjaga hati semua pihak. Dalam hidup, kita tidak boleh memuaskan hati semua. Dalam hidup ini kita punya masa yang sama iaitu 24 jam.
Aku wajib sayangkan diri aku. Aku tidak boleh lagi merasa terlalu terhutang budi pada orang lain. Aku tahu mengenang budi. Tetapi aku juga harus jaga perasaan aku. In sha Allah, usaha tidak akan mengkhianati hasil. Setuju?
Suatu hari nanti, aku akan menggengam juga skrol Ijazah Sarjana Muda dengan rasa sebak di hati semasa berdiri di pentas. Amin In sha Allah.
Dari Lensa Harith Ariffin
Rabu, 17 Ogos 2022, 12:07 Tengahari
![]() |
Pintu Gerbang UUM, Sintok, Kedah. Kredit : Pemilik Gambar |
Wednesday, February 9, 2022
Pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : UIAM Episod 1
Logo UIAM |
Itu sahaja kisah saya pada hari ini. Saya akan bersambung pada episod seterusnya. In sha Allah. Saya mulakan menulis episod 1 ini pada 7 Februari 2022, iaitu pada hari isnin. Namun, atas beberapa sebab, baru hari ini dapat disiapkan. Alhamdulillah.
Wednesday, July 14, 2021
MENJADI POPULAR : Kelayakan Akademik Adalah Satu Bonus !
Assalamualaikum. Apa khabar kalian?
Aku baru dapat tahu kelas aku akan mula pada 7 Julai 2021. Aduhai dalam 2 minggu lagi rupanya.
Adakah aku sudah bersedia? Jeng jeng jeng.
Ramai orang nak jadi popular. Nak jadi pelakon, penyanyi, selebriti, Youtuber, Blogger
dan lain-lain. Macam orang yang tengah taip ni. Eh? Hahaha. Tapi apa yang korang tahu pasal popular?
Pada aku menjadi popular tak salah. Cuma kau perlu bersedia yang ruang privasi kau akan terganggu.
Terganggu sebab kau akan jadi perhatian orang ramai. Tapi taklah macam Cristiano Ronaldo. Kau ada
tengokkan video CR7 tengah minum dengan kawan dia tapi jumlah peminat yang ajak bergambar lagi
banyak dari hirupan kopi dia.
Okaylah jom ke point penting aku. Aku suka juga tengok orang yang terkenal. Dia terkenal sebab
perkara baik. Paling penting dia ada kelayakan akademik yang bagus. Ayuh kita kenal 3 tokoh yang
aku nak ceritakan.
Pernah tengok rancangan realiti Imam Muda dari Astro kan? Juara Imam Muda yang pertama
ialah Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan. Rancangan ni mula tahun 2010. Imam Muda Asyraf
ni kira legend lah. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Syariah Pengkhususan Fiqh & Usul
dari Universiti Malaya.
Friday, July 2, 2021
Permulaan Pengajian di Universiti Utara Malaysia 2021
Aku memang tak sabar nak buat comeback dalam alam Universiti. Impian aku ialah untuk berjaya
menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda.
Sekali pun impian ini tak pernah padam walaupun aku pernah sebenarnya berada dalam alam
Universiti pada 2017-2019. Cuma alam Universiti aku tak macam majoriti pelajar lain.
Kami bukan sepenuhnya terikat di dalam. Kami belajar secara PJJ. Cabaran kami ialah diri sendiri
dan masa. Jujur aku cemburu dengan kawan-kawan di UIA yang bakal menamatkan pengajian mereka.
Walaupun kami bermula bersama pada 2017, kami tidak ditakdirkan untuk tamatkan pengajian
bersama. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
Universiti pilihan aku kini, semestinya salah satu dari Universiti Impian aku pada masa STPM.
![]() |
Sumber : Klik pada gambar |
Universiti Utara Malaysia. Doakan aku dapat tempuh 5 Tahun ini dengan jayanya. Amin In Sha Allah.
Tulisan Harith Ariffin Bin Asmadi
2 Julai 2021, Jumaat
1:15 Pagi
Menjadi Penjawat Awam yang Bersyukur
Assalamualaikum. Salam Malaysia Madani. Tajuk ini dipilih untuk tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Saya bukan seorang...

-
Aku di dalam fasa di mana aku serius mencari calon isteri. “Harith, kau kena kawan dengan ramai perempuan, jangan sorang dua je.” Ada kawan...
-
Assalamualaikum. Salam Malaysia Madani. Tajuk ini dipilih untuk tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Saya bukan seorang...
-
Assalamualaikum. Apa khabar kalian? Aku baru dapat tahu kelas aku akan mula pada 7 Julai 2021. Aduhai dalam 2 minggu lagi rupan...